Monday, April 5, 2010

Motivasi Keibubapaan: "ibubapa cakna, pelajar cemerlang"

Selasa, 6 april 2010, Dewan Abdul Aziz, Smkc2. Motivasi keibubapaan merupakan pendedahan tentang tanggungjawab dan tugas keibubapaan. Ini bagi memastikan mutu pendidikan anak-anak dapat ditingkatkan. Program ini adalah anjuran unit kaunseling smkc2 dengan kerjasama PIBG smkc2.
En Arifin, pengetua smkc2 semasa ucapannya memberitahu pada tahun 2009, pencapaian PMR dan SPM adalah memberangsangkan. PMR mendapat 49% kelulusan manakala SPM adalah 92% kelulusannya. Keputusan ini menggembirakan pihak guru dan pelajar.
Harapan beliau "pelajar PMR dan SPM tahun ini dapat mengekalkan peratusan lulus yang tinggi sebagaimana tahun lepas. Insyaalah dengan kerjasama ibubapa dan bantuan pihak felda, kita bukan saja mampu kekalkan bahkan mampu meningkatkan lagi peratus lulus dan kualiti PMR dan SPM" katanya.
"Pelajar tahun ini tidak boleh lagi berharap dengan Skim Tuisyen Felda kerana bilangan kelas yang layak dapat tuisyen dikurangkan". kata beliau lagi.
Walaubagaimanapun, janji pengetua semua pelajar akan diberi tuisyen dengan bayaran yang paling minima sahaja dikenakan. Guru akan beri 100% komitmen demi kecemerlangan pelajar. Sokongan ibubapa dan Felda diperlukan untuk terus membantu guru smkc2 tingkatkan pencapaian pelajar.

No comments:

Post a Comment