Dalam arus pembangunan negara bidang sains dan matematik memainkan peranan penting. Oleh itu para pelajar perlu didedahkan dengan perkembangan sains dan matematik dalam kehidupan seharian supaya mereka lebih peka dengan perkembangan yang berlaku di sekeliling mereka.
Minggu sains dan matematik adalah sebahagian aktiviti yang dirancangkan untuk mendorong pelajar meminati bidang ini. Semoga segala aktiviti yang dirancangkan ini dapat membantu pelajar memahami konsep-konsep saintifik yang masih belum difahami dan menambahkan pengetahuan para pelajar dalam bidang sains dan matematik.
Walaupun program yang dirancangkan ini tidak begitu banyak tetapi ianya diharapkan dapat membangkitkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik yang dirasakan agak sukar sejak diajar dalam bahasa Inggeris. Semoga hasrat Kementerian Pelajaran untuk mencapai nisbah 60:40 antara pelajar sains dan sastera tercapai dan rakyat yang lebih progresif serta dinamik dapat dilahirkan.
No comments:
Post a Comment