Thursday, March 4, 2010

Artikel : Learning Outcomes 3 : Analyze information concerning the systematic instruction of children with special needs at the primary level.

Dalam kaedah fonetik/ linguistic, kanak-kanak hendaklah di ajar secara lankah dan logik. Latih tubi adalah berdasarkan teknik multy sensory. Teknik ini menggunakan pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran kanak-kanak selain dari membabitkan penulisan kembali dan mengulang pembacaan secara kuat apa yang telah ditulis. Langkah-langkah terperinci adalah seperti berikut:
1) Guru menunjukkan di kad imbasan dengan gambar yang bermula dengan huruf tersebut dibelakangnya. Murid dikehendaki menyebut huruf tersebut.
2) Guru menyuruh murid ulang ayat tersebut.
3) Guru sebut sekali lagi, kali ini mengikut suku kata.
4) Murid menulis ayat tersebut. Sambil menulis, sebut ayat tersebut.
5) Guru menyuruh murid menyebut perkataan yang ditulis.
6) Jika terdapat kesilapan, murid mencarai sendiri dengan cara semakan.

Kaedah dan teknik ini dapat mempertingkatkan daya ingatan murid dalam membina ayat kerana guru telah memulakannya dari ayat pendek kepada ayat yang lebih panjang dan semakin susah.

Bagaimana guru membantu kanak-kanak di dalam kelas?
Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru dalam membantu kanak-kanak disleksia selain dari kaedah dan teknik mengajar. Antaranya adalah:

Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah dysleksia pendengaran di mana merteka akan memberi respon positif terhadap pengajaran bacaan awal yang menggunakan pendekatan seluruh perkataan adalah dengan cara:
• Membentuk kesepadanan pendengaran dan pandangan.
• Mengajar perbendaharaan kata yang berlainan bunya dan bentuk.
• Menggunakan pendekatan pengalaman bahasa.
• Menggunakan mesin pengajaran seperti Language Master, Autoscore dan computer dalam pendidikan.
• Aktiviti pengadunan dan intergrasi.
• Peningkatan keupayaan diskriminasi dan analisis pendengaran.

Kesimpulannya, Disleksia ialah gangguan perkembangan bahasa yang menunjukkan bentuk dalam kesukaran membaca. Ia melanda 2-8 peratus kanak-kanak sekolah rendah. Kebanyakkan daripada mereka memberi tindak balas yang baik kepada pemulihan membaca.

1 comment:

  1. Proses pembelajaran kanak-kanak disleksia perlu diselangi dengan rehat yang pendek. Ini dapat dilakukan dengan pelbagai cara seperti melakukan latihan yang genap sahaja daripada nombor latihan 1 hingga 20 yang dilakukan oleh kanak-kanak lain. Guru boleh mengecualikan pelajar daripada menyalin soalan supaya mereka mempunyai lebih masa untuk menyiapkan latihan. Oleh kerana kanak-kanak disleksia lazimnya bersusah paayh untuk membuat tugasan ataupun latiha, wajar diberi penghargaan dan peneguhan yang bersesuaian

    ReplyDelete