
Wednesday, May 11, 2011
Sunday, May 8, 2011
KARNIVAL HOKI MSSD GUA MUSANG 2011
Tuesday, December 21, 2010
Antara Kesilapan Pelajar Dalam Matematik
Kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam penyelesaian masalah ialah bagaimana untuk menentukan struktur bagi proses penyelesaian. Menurut Nik Azis (1996), antara sumber-sumber nyata yang menyebabkan kesulitan adalah seperti berikut:-
i. Tidak mampu membezakan data yang mustahak dengan data yang tidak mustahak.
ii. Tidak mampu mengenal pasti perhubungan asas.
iii. Tidak mampu mengidentifikasikan operasi asas yang berkaitan dengan masalah.
iv. Tabiat belajar matematik yang buruk.
v. Tidak sabar dan tidak mahu mambuat pecubaan yang bersungguh.
vi. Hanya mahu mendapat keputusan dan penyelesaian sahaja. Proses penyelesaian dianggap tidak penting.
Monday, April 5, 2010
Motivasi Keibubapaan: "ibubapa cakna, pelajar cemerlang"
En Arifin, pengetua smkc2 semasa ucapannya memberitahu pada tahun 2009, pencapaian PMR dan SPM adalah memberangsangkan. PMR mendapat 49% kelulusan manakala SPM adalah 92% kelulusannya. Keputusan ini menggembirakan pihak guru dan pelajar.
Harapan beliau "pelajar PMR dan SPM tahun ini dapat mengekalkan peratusan lulus yang tinggi sebagaimana tahun lepas. Insyaalah dengan kerjasama ibubapa dan bantuan pihak felda, kita bukan saja mampu kekalkan bahkan mampu meningkatkan lagi peratus lulus dan kualiti PMR dan SPM" katanya.
"Pelajar tahun ini tidak boleh lagi berharap dengan Skim Tuisyen Felda kerana bilangan kelas yang layak dapat tuisyen dikurangkan". kata beliau lagi.
Walaubagaimanapun, janji pengetua semua pelajar akan diberi tuisyen dengan bayaran yang paling minima sahaja dikenakan. Guru akan beri 100% komitmen demi kecemerlangan pelajar. Sokongan ibubapa dan Felda diperlukan untuk terus membantu guru smkc2 tingkatkan pencapaian pelajar.
Sunday, April 4, 2010
2010 Tahun Cemerlang Bola Sepak SMKC2

Smkc2 berjaya menjuarai kejohanan bola sepak bawah 18 tahun yang berlangsung padang Smk Sg Asap. Ketua Jurulatih, En Ghazali dan Ketua Pengurusnya, Ustaz Mohd Nasir cukup berpuas hati dengan penat lelah mereka selama ini. Saya juga sebagai guru pengiring pada kejohanan tersebut tumpang berbangga. Tidak pernak Smkc2 berjaya dalam sebarang kejohanan bola sepak sebelum ini.
"Tidak dinafikan mereka berada pada kedudukan lebih baik daripada kami walaupun saya yakin kami dapat bangkit. Tetapi kami mungkin tidak dapat muncul juara walaupun memenangi semua baki lima perlawanan nanti" katanya Cikgu Ayub, Jurulatih Pasukan SMK Sg Asap.

Pemain dari Smkc2 mewakili pasukan Gua Musang bagi kejohanan peringkat negeri. Saya sendiri pada kali ini menggalas tanggungjawab sebagai pengurus kerana pengalaman semasa di Johor dahulu perlu diaplikasikan. Hasilnya Gua Musang berjaya sampai ke suku Akhir.
Tidak mahu mengamalkan permainan bertahan, skuad Gua Musang memulakan misi memburu gol ke atas pasukan Tanah Merah sebaik wisel perlawanan ditiupkan dalam saingan suku akhir kedua di padang SIC baru baru ini.
Saturday, April 3, 2010
Aktiviti Rentas Desa Peringkat Gua Musang

KEMBALI SIBUK DENGAN AKTIVITI KOKURIKULUM
alam kesibukan menimba ilmu sekolah, pelajar SMKC2 tidak lupa membabitkan diri aktiviti sukan selaras dengan matlamat negara generasi berintelektual di samping mempunyai gaya hidup sihat serta berkemahiran dalam semua bidang.
Berikutan itu acara larian merentas desa 2010 telah berlangsung di Felda Chiku 1 dan 2 pada 5 Mac 2010 yang menyaksikan pembabitan hampir keseluruhan pelajar SMKC2.
Acara ini diadakan oleh anjuran Unit Kokurikulum SMKC2 dengan dinamakan Program Inovasi Kokurikulum 2010, Kejohanan Merentas Desa SMKC2.
Setiausaha sukan ini, En Mohd Ghazali Hj Ismail berkata, Kejohanan Merentas Desa 2010 membuktikan komitmen pelajar dan guru-guru dalam mengaktifkan ativiti sukan di sekolah.
Beliau mengharapkan agar pelajar-pelajar SMKC2 mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi untuk mengharungi cabaran pada masa hadapan.
Kejohan ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SMKC2, Puan Siti Khatijah Binti Mohd Noor.
Foto dan berita oleh: Harizan Hassan
Minggu Matematik & Sains SMKC2

Dalam arus pembangunan negara bidang sains dan matematik memainkan peranan penting. Oleh itu para pelajar perlu didedahkan dengan perkembangan sains dan matematik dalam kehidupan seharian supaya mereka lebih peka dengan perkembangan yang berlaku di sekeliling mereka.
Minggu sains dan matematik adalah sebahagian aktiviti yang dirancangkan untuk mendorong pelajar meminati bidang ini. Semoga segala aktiviti yang dirancangkan ini dapat membantu pelajar memahami konsep-konsep saintifik yang masih belum difahami dan menambahkan pengetahuan para pelajar dalam bidang sains dan matematik.
Walaupun program yang dirancangkan ini tidak begitu banyak tetapi ianya diharapkan dapat membangkitkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik yang dirasakan agak sukar sejak diajar dalam bahasa Inggeris. Semoga hasrat Kementerian Pelajaran untuk mencapai nisbah 60:40 antara pelajar sains dan sastera tercapai dan rakyat yang lebih progresif serta dinamik dapat dilahirkan.


