Wednesday, November 18, 2020

RAK BUKU MAYA UNTUK BACAAN ANAK-ANAK

 Assalamualaikum semua.  Anak-anak boleh buka link ini di bawah untuk membaca buku cerita. Buku-buku di dalam rak tersebut boleh dibuka seperti anda membaca buku cerita sebenar.

https://anyflip.com/bookcase/qelpj

Selamat membaca bersama anak-anak, rakan-rakan atau dengan sesiapa sahaja sambil belajar di rumah..


Wednesday, November 11, 2020

QUIZ ONLINE


LAMAN QUIZ INI ADALAH KOLEKSI KUIZ YANG DIBINA OLEH GURU-GURU MALAYSIA.

BOLEH DIGUNAKAN OLEH SEMUA MURID SELURUH MALAYSIA.

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA GURU-GURU MALAYSIA YANG MENYEDIAKAN

BAHAN DARI PELBAGAI SUMBER.


Pra Sekolah

Sekolah Rendah

 Sekolah Menengah

 https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/koleksi-quiz-smk/home

 http://gg.gg/kuizonline_smk

Sunday, October 4, 2020

Pelaksanaan PKLSM SMK Kutan

 


            3 AKIK    5 Oktober 2020

Salah satu langkah yng diambil KPM bagi mendedhkan dan membiasakan murid dengan bentuk dn jenis soalan dalam TIMSS dan PISA,adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Saiins dan Matematik kepada murid tingkatan satu dua dan tiga dan Pentaksiran Literasi Sains dan Matematik kepada semua murid tahun dua di seluruh negara.


https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe1Cqf2Ul_14fOt1yr-7_4uGsqBxBnTZYCzsz2vIxBM9Qrkkg/viewform?fbzx=4187626014078630042

Wednesday, September 30, 2020

UJIAN PENTAKSIRAN PELAKSANAAN KOMPETENSI LITERASI 

SEKOLAH MENENGAH (PKLSM 2020) SECARA TALIAN


Sasaran : Semua murid tingkatan 1, 2 dan 3
Tarikh : 8 September 2020 - 16 Oktober 2020
Lokasi : Bilik VLE frog SEMEKU


https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe1Cqf2Ul_14fOt1yr-7_4uGsqBxBnTZYCzsz2vIxBM9Qrkkg/viewform?fbzx=4187626014078630042

Sunday, May 8, 2011

KARNIVAL HOKI MSSD GUA MUSANG 2011










Tahun 2011 saya kembali menjadi jurulatih dan pengurus pasukan hoki SMK C2. Kejohanan yang berlangsung pada 30-31 mac 2011 di SK Chiku7 telah menampilkan 7 pasukan terhebat dari seluruh Gua Musang. SMKC2 jg telah menurunkan kesemua pemain terbaiknya yang mana pelajar telah menjalani latihan dari awal tahun lagi.




Pasukan SMKc2 bertuah kerana mendapat pembantu jurulatih dan pembantu pengurus iaitu Pn. Wan Azlina yang sgt komited dengan tugasnya. Terima kasih yang tidak terhingga jg kpd guru pengiring iaitu En Bardi, En Hafizol, En Zaki dan Pn zakiah yang turut membantu pasukan hoki SMK C2.


Kali ini pasukan kita berjaya menjadi naib johan di belakang SMK Bandar chiku. Sebenarnya pasukan SMKc2 hampir saja memalukan juara bertahan SMK Bandar Chiku, kita tewas tipis padanya 1-0. Pun begitu kita berbangga kerana penjaring terbanyak, pemain terbaik dan pemain harapan disandang oleh SMKC2.

Tuesday, December 21, 2010

Antara Kesilapan Pelajar Dalam Matematik

Kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam penyelesaian masalah ialah bagaimana untuk menentukan struktur bagi proses penyelesaian. Menurut Nik Azis (1996), antara sumber-sumber nyata yang menyebabkan kesulitan adalah seperti berikut:-

i. Tidak mampu membezakan data yang mustahak dengan data yang tidak mustahak.

ii. Tidak mampu mengenal pasti perhubungan asas.

iii. Tidak mampu mengidentifikasikan operasi asas yang berkaitan dengan masalah.

iv. Tabiat belajar matematik yang buruk.

v. Tidak sabar dan tidak mahu mambuat pecubaan yang bersungguh.

vi. Hanya mahu mendapat keputusan dan penyelesaian sahaja. Proses penyelesaian dianggap tidak penting.